01
Kopi & Espresso
Bar kopi kami jalan dari petang sampai tutup — panas atau ais, ikut suka.
- Panas
- Ais
- Tapau
Setiap hari · 4 petang – 12 malam
Kafe laman terbuka di bawah bumbung zink di Taman Binaraya, Pasir Tumboh. Kami buka bila petang mula turun dan tutup lepas tengah malam — setiap hari, 4 petang hingga 12 malam.
Cerita kami
Nama kami datang daripada perkara paling mudah di kampung — laman, ruang lapang depan rumah tempat orang duduk bila hari dah senja.
Di sini tiada dinding kaca berhawa dingin. Yang ada bumbung zink, kekuda besi, mentol kuning yang tergantung sepanjang siling, tumbuhan menjalar di tepi tiang, dan satu papan tanda neon berbentuk cawan kopi yang jadi tanda kami dari jauh. Dapur kami duduk dalam kontena hitam di hadapan, terbuka supaya anda nampak semuanya dimasak.
Sebab itu kami buka lewat. Pukul 4 petang lampu mula dipasang, dan sampai 12 malam meja panjang ni tak pernah sunyi — orang datang minum, orang datang tengok bola, orang datang sebab tak nak balik rumah lagi.
Suasana
Semua gambar di bawah ni gambar sebenar Laman Café — tak ada set, tak ada stok.
Tingkat atas
Di atas laman terbuka ada satu ruang tertutup berhawa dingin — meja bulat, taplak putih, projektor dan siling yang tinggi. Kami dah biasa terima mesyuarat jabatan, majlis pertunangan dan jamuan keluarga di sini.
Acara di laman
Sepanjang tahun kami buat tayangan bola skrin besar, pesta makanan, kejohanan dan busking di laman ni.

Bola · Sampai lewat malam

Pesta makanan · Vendor tempatan

Kejohanan · Terbuka

Muzik langsung · Di laman

Ramadan · Raya · Maulidur Rasul
Jumpa kami
4 petang – 12 malam Waktu operasi setiap hari